Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 2025

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    October 24, 2025

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    October 20, 2025
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor
    • UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar
    • Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe
    • MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital
    • The Asia Records rai pencapaian luar biasa individu, organisasi seluruh Asia 
    • Pelayaran sulung Piano Land pacu inisiatif pelancongan pelayaran mesra Muslim di Malaysia
    • Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas
    • MyBaik, jenama fastfood milik anak tempatan pertama gabung ayam, burger & pizza
    Saturday, October 25
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

      September 24, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 tawar aksi permotoran & hiburan menggamatkan

      September 30, 2025

      DMS Berselawat jadi acara tahunan DMS MOTORS, himpunkan 500 peserta dalam suasana penuh barakah

      September 30, 2025

      Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

      September 13, 2025

      RingConn, cincin pintar ultra nipis pertama dunia dengan pemantauan apnea tidur kini di Malaysia

      August 18, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Nur Amisha sedia uji Milena, bakal pamer kejutan di RF3 Kuda Merah

      September 8, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » EzyWasiat mudahkan umat Islam rancang wasiat ikut Syariah
    BIZ

    EzyWasiat mudahkan umat Islam rancang wasiat ikut Syariah

    EpulBy EpulJune 20, 2023No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    wasiat
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR: Perancangan harta dan warisan adalah perkara yang harus diberi keutamaan.

    Media banyak melaporkan terdapat harta atau aset bernilai lebih daripada RM70 bilion yang masih belum diagihkan disebabkan kurangnya kesedaran tentang kepentingan merancang pembahagian harta sebelum kematian.

    Bagi memberikan kelapangan minda dalam pengurusan harta dan memastikan harta tersebut diuruskan dengan betul setelah pemergian individu, peneraju institusi perbankan Islam terkemuka ASEAN, Maybank Islamic melancarkan perkhidmatan penulisan wasiat inovatif dan efisien, EzyWasiat bagi membolehkan umat Islam merancang dan menyediakan wasiat mereka dengan lebih cekap dan teratur, selaras dengan Syariah dan undang-undang faraid.

    EzyWasiat merupakan salah satu tawaran baharu di bawah penyelesaian pengurusan harta patuh Syariah Maybank Islamic yang holistik serta merangkumi semua 5 teras pengurusan kekayaan – penghasilan, pengumpulan, perlindungan, penyucian dan pengagihan.

    Platform EzyWasiat dibangunkan mengikut model bantuan unik di mana pelanggan akan dibantu secara langsung oleh penasihat pengurusan kekayaan patuh Syariah atau pengurus hubungan yang akan menggabungkan algoritma faraid untuk memudahkan proses penulisan wasiat.

    Pelanggan hanya perlu menyediakan dokumen yang betul dan bayaran serendah RM600 bagi menyempurnakan penulisan wasiat dalam masa 30 minit sahaja.

    Produk ini disasarkan kepada umat Islam dan tidak hanya terhad kepada mereka yang sudah lama berniat untuk menyediakan wasiat tetapi terhalang sama ada disebabkan oleh faktor kerumitan proses, kos atau kurangnya kemudahan.

    Untuk menyediakan kemudahan ini kepada pelanggan, Maybank Islamic menjalinkan kerjasama dengan syarikat fintech, CreateWills Sdn Bhd serta menggabungkan nasihat sokongan dan pegawai perhubungan pelanggan Maybank Islamic yang berdedikasi.

    Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, pelancaran EzyWasiat adalah selaras dengan aspirasi bank itu untuk membangunkan penyelesaian baharu dan inovatif yang dapat memberikan impak positif kepada komuniti secara meluas.

    Beliau berkata, pihaknya kekal komited untuk menerajui perbankan patuh Syariah bukan sahaja di rantau ini malah serata dunia berbekalkan jalinan perkongsian pintar dan kedudukan yang strategik bagi membuka jalan ke arah fasa pertumbuhan kewangan Islam yang seterusnya. 

    “Selain memenuhi janji kami terhadap kelestarian kewangan Islam, kami juga berusaha untuk mendigitalkan produk-produk kami dalam menawarkan penyelesaian kepada para pelanggan, maka tercetusnya kerjasama dengan CreateWills ini.

    “Kerjasama antara Maybank Islamic dan CreateWills menandakan pencapaian penting dalam bidang perkhidmatan penulisan wasiat bagi umat Islam, khususnya dari segi perancangan harta patuh Syariah.

    “Ia juga mengukuhkan komitmen Maybank Islamic untuk menjadikan perkhidmatannya mudah diakses oleh semua umat Islam di Malaysia,” katanya.

    Contoh Wasiat yang akan diterima oleh pelanggan untuk disemak.

    Ketua Pengurusan Kekayaan dan Pembangunan Perniagaan Patuh Syariah Maybank Islamic, Ahmad Shareza Abdul Rahman berkata umat Islam dapat memanfaatkan perkhidmatan penulisan wasiat khusus untuk mereka yang menitikberatkan keperluan syarak dan perancangan masa hadapan demi orang yang tersayang dengan EzyWasiat.

    “Dalam erti kata lain, kami membantu anda untuk merealisasikan perancangan harta dari Niat ke Wasiat,” katanya.

    Beliau berkata, misi bank adalah memperkasakan pelanggan untuk merancang masa hadapan secara efisien, di samping memastikan niat untuk mematuhi keperluan Islam dapat dipenuhi dengan mudah.

    “Dengan proses penulisan wasiat yang dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit dan struktur harga yang berpatutan, kami ingin memastikan agar tiada sesiapapun yang terkecuali daripada bantuan guaman perancangan harta yang berkualiti tinggi.

    “Malah, EzyWasiat yang berasaskan teknologi digital ini mudah untuk diubahsuai dari masa ke masa jika diambil kira realiti perubahan hidup dan peredaran masa yang dinamik,” katanya.

    Sementara itu, Maybank Islamic juga melancarkan perkhidmatan dalam talian iaitu EzQurban untuk memudahkan amalan Qurban sempena sambutan Aidiladha dalam kalangan pelanggannya di bawah teras penyucian harta.

    Ini juga bagi membolehkan para pelanggan merancang kewangan mereka untuk menunaikan kewajipan Qurban pada masa hadapan.

    Untuk maklumat lanjut tentang EzyWasiat, termasuk integrasi Faraid dalam pengurusan harta, layari Maybank.my/EzyWasiat atau hubungi Maybank Islamic di wealthdistribution@maybank.com.

    bank ezywasiat faraid maybank islamic wasiat
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleCharlie Puth returns to the Fast & Furious Saga alongside JVKE, Jimin of BTS, and Muni Long for “Angel Pt. 2”
    Next Article Carlo Rino tampil Siri Vearth koleksi mesra alam
    Epul

    Related Posts

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    October 17, 2025

    MoneyX lancar Net7, CRM pintar berkuasa AI pertama di Malaysia

    October 9, 2025

    Nimroc lancar cawangan ke-20 di The Campus, Ampang

    October 4, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    By kolumnisOctober 24, 2025

    Sejak kebelakangan ini, kes jangkitan Influenza A menunjukkan peningkatan ketara, terutamanya ketika perubahan musim dan…

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 20251K

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    October 24, 20254K

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    October 20, 20255K

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    October 17, 20253K

    The Asia Records rai pencapaian luar biasa individu, organisasi seluruh Asia 

    October 17, 20252K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 2025

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    October 24, 2025

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    October 20, 2025

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    October 17, 2025
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.