Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 2026

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    • Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan
    • PHKL Lancar Pergerakan ‘What Women Want’ Menerusi Sesi Santai ‘Sip & Share’ Kupas Isu Perimenopause
    • DRE Coffee Lancar Kafe 24 Jam di Cyberjaya, Perkenal Model ‘Drink • Refer • Earn’ Berasaskan AI
    • Sentuhan Magis Dato’ Awie & Vanidah Imran Dalam Kempen Menyala Lagi Raya SAJI Semarakkan Sambutan Aidilfitri
    Saturday, April 11
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Alamanda Putrajaya Santuni Anak Yatim, Rai Persiapan Raya Dan Iftar Penuh Makna

      March 11, 2026

      MS. READ & Sherry Al-Hadad Perkenal Koleksi Raya Berseri 2026, saiz UK12 sehingga UK24 pun ada!

      March 10, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Gaya hidup pengaruh besar peningkatan kes kanser kolon
    Health

    Gaya hidup pengaruh besar peningkatan kes kanser kolon

    Penulis adalah Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Lee Wai Kin
    kolumnisBy kolumnisMarch 26, 2025No Comments6 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Trend ketika ini mendapati penyakit itu turut menyerang golongan muda berusia seawal 30-an

    Kanser kolorektal adalah kanser kedua paling kerap berlaku (13.5 peratus) di Malaysia selepas kanser payudara (19 peratus), menurut laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCR) 2012-2016.

    Kanser kolorektal juga diibaratkan pembunuh senyap kerana menduduki tangga kedua dalam kategori kanser yang boleh menyebabkan kematian.

    Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Lee Wai Kin, berkata senario penyakit itu menjadi lebih memudaratkan apabila lebih 70 peratus kanser kolorektal lewat dikesan iaitu ketika pesakit sudah berada pada tahap tiga atau empat.

    Menurutnya, kanser kolon, juga dikenali kanser kolorektal apabila membabitkan rektum, sejenis kanser yang bermula pada bahagian usus besar.

     “Ia biasanya bermula sebagai ketumbuhan kecil tidak berbahaya dipanggil polip, tetapi boleh berubah menjadi kanser dari semasa ke semasa.

    Dr Lee Wai Kin

    Dalam  hal ini, kolon adalah istilah perubatan untuk usus besar manakala rektum, bahagian akhir usus besar yang menyambung usus besar dan dubur.

    Secara ringkas, kolon dan rektum adalah sebahagian daripada saluran gastrousus yang berperanan dalam sistem pencernaan dan penyahtinjaan dan jika digabungkan, panjang kedua-dua bahagian itu kira-kira 150 sentimeter.

    Kanser kolon berkembang apabila sel normal yang terdapat pada lapisan kolon mengalami mutasi Asid deoksiribonukleik (DNA) sehingga menyebabkan pertumbuhan sel tidak terkawal.

    “Sel yang tidak normal itu kemudiannya membentuk tumor yang boleh menyerang tisu berdekatan dan merebak (metastasis) ke organ lain seperti hati atau paru-paru.

    “Proses perubahan dari polip ke kanser boleh mengambil masa bertahun-tahun, sebab itulah saringan berkala penting untuk pengesanan awal,” katanya.

    Beliau berkata, biasanya risiko kanser kolorektal meningkat selepas individu berusia 50 tahun namun trend ketika ini mendapati penyakit itu turut menyerang golongan muda berusia seawal 30-an.

    Keturunan, pemakanan turut jadi punca

    Makanan proses meningkatkan risiko kanser kolon.

    Individu mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap kanser kolon berisiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit itu.

    “Pengambilan daging merah dan makanan diproses dalam jumlah tinggi serta kekurangan serat dalam pemakanan juga menyumbang kepada peningkatan risiko kanser kolon.

    Dr Lee Wai Kin

     “Selain itu, gaya hidup tidak aktif seperti kurang bersenam, obesiti, tabiat merokok dan pengambilan alkohol berlebihan juga dikaitkan dengan penyakit ini,” katanya.

     Selain itu, mutasi genetik misalnya sindorm Lynch turut boleh meningkatkan risiko bukan sahaja kanser kolon malah boleh meningkatkan risiko kanser rahim, ovari, perut, otak, usus, buah pinggang, saluran hempedu dan kulit.

    Ini kerana mutasi gen yang mengganggu mekanisme pembaikan DNA menyebabkan pertumbuhan sel tidak terkawal.

    Dalam hal ini, individu yang menghidap sindrom Lynch turut cenderung mendapat kanser pada usia lebih muda berbanding orang biasa.

    Dr Wai Kin bagaimanapun, menegaskan faktor gaya hidup dilihat memberi pengaruh besar kepada peningkatan kes kanser kolon di Malaysia.

    Gaya hidup beri pengaruh besar

    “Menjadi kebimbangan apabila melihat generasi hari ini lebih gemar mengambil makanan proses dan kurang makan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Mereka juga kurang bergerak atau melakukan aktiviti fizikal.

    Pemakanan seimbang penting untuk menjaga sistem pencernaan.

    “Pengambilan makanan seperti daging merah dan makanan proses seperti sosej, daging deli dan sebagainya yang mengandungi karsinogen juga harus dikawal,” katanya.

     Tambahnya, makanan tinggi lemak, rendah serat contohnya makanan bergoreng dan makanan segera juga menyebabkan keradangan usus selain pengambilan alkohol berlebihan merosakkan lapisan usus seterusnya meningkatkan risiko kanser.

    Katanya, faktor yang boleh mencetuskan keadaan ini termasuk diet tidak sihat seperti makanan berminyak atau diproses secara berlebihan, selain tekanan emosi yang memberi kesan kepada sistem pencernaan.

    Simptom awal

    Beliau berkata, lazimnya, pesakit akan mengalami simptom awal seperti perubahan berterusan tabiat membuang air besar seperti cirit-birit, sembelit atau perubahan bentuk najis.

    Selain itu, najis berdarah sama ada berwarna merah terang atau gelap juga boleh menjadi petanda serangan awal penyakit itu.

    Ada segelintir pesakit beranggapan mereka mengalami masalah najis berdarah disebabkan buasir dan lambat mendapatkan rawatan yang betul sehinggalah masalah itu menjadi lebih serius.

    Menurutnya, individu yang mengalami penurunan berat badan tanpa sebab jelas, keletihan dan kelemahan berpanjangan, sakit perut, kekejangan atau kembung tidak hilang juga perlu berwaspada terhadap kemungkinan kanser kolon.

    “Individu disarankan berjumpa doktor sekiranya mengalami simptom berkenaan termasuklah perubahan tabiat usus yang berlangsung lebih daripada beberapa minggu.

    “Selain itu, rasa tidak puas selepas membuang air besar juga petanda awal yang tidak boleh diabaikan,” katanya.

    Mudah dirawat di peringkat awal

    Meskipun kanser kolon dianggap berbahaya dan mengancam nyawa, Dr Wai Kin optimis penyakit itu lebih mudah dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal.

    Kolonoskopi dianggap sebagai kaedah paling berkesan dalam usaha mengesan kanser kolon pada peringkat awal.

    Menurutnya, kolonoskopi membolehkan pengeluaran polip pra-kanser sebelum ia berubah menjadi kanser dengan kajian menunjukkan kolonoskopi yang dilakukan secara berkala dapat mengurangkan kadar kematian akibat kanser kolon sehingga 68 peratus.

    “Tetapi ada pesakit salah faham mengenai kolonoskopi. Mereka bimbang usus pecah, meletup, berdarah atau mengalami kesakitan semasa prosedur dijalankan.

    “Hakikatnya, dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi perubatan, prosedur ini selamat dan agak selesa. Ini kerana pesakit diberikan sedatif dan tidak akan merasa sebarang kesakitan sepanjang proses berlangsung.

    “Selain itu, pengujian menggunakan Ujian Imunokimia Darah Tersembunyi dalam Najis (iFOBT) yang boleh dilakukan sendiri di rumah atau di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta menggunakan sampel najis,” katanya.

    Pemakanan seimbang sebagai langkah pencegahan

    Dr Wai Kin menegaskan, pemakanan seimbang memainkan peranan besar dalam pencegahan kanser kolon kerana ia membantu mengekalkan kesihatan usus, mengurangkan keradangan dan membekalkan antioksidan bagi melindungi sel daripada kerosakan.

    “Makanan tinggi serat amat penting kerana ia membantu pergerakan usus yang sihat dan mengurangkan risiko pembentukan polip.

    “Akhir sekali, kesedaran mengenai kanser kolon perlu ditingkatkan kerana ia antara kanser boleh dicegah.    

    “Saringan berkala, pemakanan sihat, dan gaya hidup aktif boleh mengurangkan risiko penyakit ini dengan ketara.  

    “Jangan sesekali mengabaikan sebarang simptom kerana pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa,” katanya.

    Beberapa fakta mengenai fakta kanser kolorektal:

    • Pesakit tahap satu boleh terus bertahan hidup sehingga 90 peratus kerana kanser masih terhad dalam kolon.
    • Bagi kanser peringkat sederhana iaitu tahap dua dan tiga, kadarnya merosot sekitar 71 peratus kerana sel kanser telah merebak ke tisu atau nodus limfa berdekatan.
    • Jika kanser telah mencapai tahap empat dan merebak ke organ lain, kadar kelangsungan hidup menurun kepada 14 peratus.
    • Saringan kanser kolon disaran dilakukan pada umur 45 tahun dan diulang setiap 10 tahun.
    • Individu berisiko tinggi, saringan boleh dimulakan pada usia 40 tahun atau lebih muda manakala ujian najis boleh dilakukan setiap tahun.
    • Diet sihat dan  amalan gaya hidup sihat seperti bersenam secara berkala, mengelakkan tabiat merokok serta pengambilan alkohol secara berlebihan dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon.
    • Kurangkan pengambilan daging merah dan makanan diproses.
    • Rawatan herba sebagai pelengkap kepada saringan perubatan dan perubahan gaya hidup membantu mengurangkan risiko kanser.
    health kanser kolon kesihatan leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleFerrero Rocher menambah sentuhan mewah sempena Aidilfitri 2025
    Next Article foodpanda Malaysia dan Bolt berkerjasama tawar perkhidmatan e-hailing eksklusif untuk pengguna pandapro
    kolumnis

    Related Posts

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 2026

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    By Team KLHypeApril 10, 2026

    Berita baik buat kaki ‘healing’ dan pencinta percutian tepi pantai! Jenama rangkaian hotel terkenal, Raia…

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 20262K

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 20262K

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 20263K

    Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan

    April 4, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 2026

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 2026

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.