Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    September 22, 2026

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 2026

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa
    • Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?
    • Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia
    • R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9
    • ProreX Intai Pasaran Asia Tenggara, Penuhi Keperluan Pedagang Generasi Pintar
    • Sultan Kedah Berkenan Rasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort
    • Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines
    • Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan
    Thursday, September 24
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

      September 17, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

      September 8, 2026

      ED Fest Kembali Lagi di Summit USJ: Lebih 100 Jenama Dan 500 Barangan Tawaran Hebat Menanti Anda!

      September 5, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Klinik Dr Ana buka cawangan ke-11 di Nilai, sasar jenama ke peringkat IPO
    Beauty

    Klinik Dr Ana buka cawangan ke-11 di Nilai, sasar jenama ke peringkat IPO

    Dr. Ana Wellness & Skin Sanctuary HQ komited menyediakan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan bertaraf dunia untuk komuniti Nilai
    Isz YuslizaBy Isz YuslizaDecember 4, 2024Updated:December 6, 2024No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Klinik Dr. Ana dan Dr. Ana Wellness & Spa mengumumkan pembukaan cawangan kesebelas mereka di Nilai, Negeri Sembilan. 

    Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan jenama ini untuk memberikan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan berkualiti tinggi kepada masyarakat Malaysia. 

    Menurut Dr. Fatin Amira, pengasas Klinik Dr. Ana, Nilai dipilih sebagai lokasi terbaru kerana potensinya yang besar. 

    “Nilai merupakan kawasan yang pesat membangun dengan komuniti yang dinamik. Ia juga berada di lokasi strategik berhampiran KLIA dan Putrajaya, menjadikannya destinasi yang ideal untuk memperluaskan jenama kami. 

    Dengan hab membeli-belah terkenal seperti Nilai 3 dan AEON Mall, kuasa beli di kawasan ini cukup tinggi, memberi peluang kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan pelanggan,” jelas beliau. 

    “Pembukaan ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan yang semakin meningkat terhadap akses kepada penjagaan kesihatan moden dan inovatif.

    Dr. Fatin Amira

    Klinik Dr Ana terus komited untuk memastikan setiap cawangan mereka menawarkan perkhidmatan berkualiti yang mengutamakan keselesaan dan kepercayaan pelanggan. 

    Cawangan Nilai dengan Identiti Tersendiri & Pendekatan Menyeluruh 

    Cawangan Nilai bukan sekadar klinik biasa, malah ia direka sebagai Signature Branch dengan reka bentuk dalaman yang moden, mewah, dan selesa.

    “Konsep yang kami bawa di Nilai adalah gabungan rawatan perubatan dan kesejahteraan dengan pendekatan yang lebih holistik. 

    Selain rawatan perubatan standard, kami memperkenalkan perkhidmatan khas seperti terapi relaksasi yang direka untuk memenuhi keperluan komuniti setempat,” kata Dr. Fatin.

    Read More: UUM KL komited lahir lebih ramai golongan bekerjaya lanjut pengajian tinggi

    Cawangan ini juga dibina dengan fokus kepada pengalaman pelanggan, dengan suasana yang menyenangkan dan eksklusif. 

    “Kami percaya bahawa persekitaran memainkan peranan penting dalam pengalaman rawatan. Di cawangan Nilai, setiap sudut direka untuk memberikan rasa tenang dan memanjakan pelanggan,” tambahnya lagi. 


    Rawatan Baharu dan Inovatif untuk Keperluan Komuniti 

    Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang inovatif, cawangan Nilai memperkenalkan beberapa rawatan baharu seperti:

    • Rawatan Cucuk Lutut Menggunakan PRP (Platelet-Rich Plasma), Hyaluronic Acid, Sovisc, dan Biolyph: Direka khusus untuk membantu pesakit yang mengalami masalah lutut dan sendi, rawatan ini menawarkan penyelesaian kepada kesakitan dan keradangan. 
    • Energy Booster Intravenous Drip: Rawatan ini membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan keletihan, dan menyokong kesihatan keseluruhan badan, sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif atau memerlukan sokongan tambahan untuk kesejahteraan diri. 

    Dengan memperkenalkan rawatan-rawatan ini, Klinik Dr. Ana terus membuktikan keupayaan mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang memenuhi keperluan kesihatan masyarakat moden. 

    Sokongan untuk Komuniti Tempatan 

    Komitmen Klinik Dr. Ana terhadap komuniti tempatan tidak hanya terhad kepada perkhidmatan rawatan. 

    Klinik ini juga merancang untuk melaksanakan pelbagai inisiatif kesihatan seperti:

    • Kempen Kesedaran Kesihatan: Pemeriksaan kesihatan percuma dan ceramah kesihatan akan diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan. 
    • Bengkel Pemakanan dan Analisis Kulit Percuma: Inisiatif ini bertujuan untuk membantu masyarakat memahami keperluan tubuh badan mereka dengan lebih mendalam, seterusnya memilih rawatan atau langkah pencegahan yang sesuai. 

    “Kami mahu memastikan kehadiran kami di Nilai membawa impak positif kepada komuniti. Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan holistik,” jelas Dr. Sharifah Najwa, Pengasas Bersama dan salah seorang doktor utama di Klinik Dr. Ana.

    Visi Masa Depan Klinik Dr. Ana 

    Melangkah ke hadapan, Klinik Dr. Ana mempunyai visi besar untuk menjadi peneraju dalam industri kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia.

    Kami merancang untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan ke kawasan strategik lain seperti Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

    Dr. Sharifah Najwa,

    “Kami juga bercadang untuk memperkenalkan klinik pergigian dan farmasi di bawah jenama Dr. Ana. 

    Selain itu, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jangka panjang, kami merancang untuk membawa jenama ini ke peringkat yang lebih tinggi melalui penyenaraian awam (IPO),” katanya.

    Langkah ini bertujuan untuk memperkukuhkan jenama, menarik sokongan pelabur, dan memastikan perkhidmatan mereka terus berkembang untuk manfaat masyarakat.

    Komitmen Terhadap Kualiti Perkhidmatan

    Untuk memastikan perkhidmatan yang konsisten di setiap cawangan, Klinik Dr. Ana menekankan latihan berkala kepada kakitangan mereka. 

    Mereka juga mengutamakan maklum balas pelanggan sebagai asas untuk penambahbaikan. 

    “Kami mempunyai Service Recovery Unit yang khusus menangani sebarang aduan dengan segera dan efisien.

    Pendekatan ini membolehkan kami mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi di semua cawangan,” tambah Dr. Sharifah. 

    Dengan pasukan yang berdedikasi dan sokongan komuniti, Klinik Dr. Ana yakin akan terus menjadi jenama yang sinonim dengan kualiti, inovasi dan kesihatan yang menyeluruh.


    beauty Featured IPO Klinik Dr Ana leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleFELDA sedia RM1.16 juta bantu peneroka terjejas banjir 
    Next Article Kulit cantik tanpa prosedur menyakitkan di Dermalene Skin Centre 
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    September 22, 2026

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 2026

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    By Team KLHypeSeptember 22, 2026

    SUBANG JAYA, 22 September 2026 – Pasaran logistik dan e-dagang rentas sempadan negara menerima suntikan…

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    September 22, 20262K

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 20263K

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 202610K

    R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

    September 17, 20263K

    ProreX Intai Pasaran Asia Tenggara, Penuhi Keperluan Pedagang Generasi Pintar

    September 17, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    September 22, 2026

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 2026

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 2026

    R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

    September 17, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.