Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Didik Masyarakat Isu Keselamatan Internet

    June 26, 2026

    Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

    June 25, 2026

    Malaysia, Taiwan Teroka Inovasi Baharu Industri Kesihatan Global

    June 24, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Didik Masyarakat Isu Keselamatan Internet
    • Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh
    • Malaysia, Taiwan Teroka Inovasi Baharu Industri Kesihatan Global
    • TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya
    • Eskayvie Capai Misi TTMM2, Gandakan Anugerah Inspirasi Kasih Kepada RM10,000, Perkukuh Kempen BoosterMinda
    • Rintangan Insulin Ancam Prestasi Golongan Profesional Berjaya di Malaysia
    • Bukan Sekadar Kejar ‘Like’, Dato’ Abd Rahman Soltan Mahu Pencipta Kandungan Muda Bina Legasi Jutawan Digital
    • Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik
    Saturday, June 27
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

      June 24, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Lakonan mantap dalam teater ‘Di Sebalik Topeng’, rakan alami masalah mental bantu Ogy hayati watak
    Celebrities

    Lakonan mantap dalam teater ‘Di Sebalik Topeng’, rakan alami masalah mental bantu Ogy hayati watak

    Team KLHypeBy Team KLHypeOctober 19, 2024Updated:October 20, 2024No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Pengalaman berdepan rakan yang mengalami masalah mental menjadi kekuatan buat teraju utama pementasan teater Di Sebalik Topeng menghayati watak tersebut dengan lebih berkesan. 

    Pelakon yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia, Fauziah Ahmad Daud berkata, isu kesihatan mental sudah sinonim dengannya sejak 90an lagi memandangkan rakannya sendiri menghidap penyakit tersebut ketika itu.

    “Saya setuju memegang watak pesakit mental kerana dari dulu lagi apabila orang bercakap mengenainya, saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi sehingga mereka menjadi rapuh sebegitu,

    Ogy sentiasa memberikan ‘nyawa’ terhadap watak yang dibawakannya.

    “Alhamdulillah meskipun saya tidak pernah mengalaminya, tapi sebagai seorang aktres saya harus explore dan mencuba, malah dari awal lagi saya tekankan mahu menjayakan watak ini ibarat gelas yang kosong.

    “Saya tidak mahu rancang atau menjadi aktres mekanikal kerana saya mahu semuanya menjadi organik mengikut cetusan yang saya tampilkan ketika pementasan.

    Ogy

    Beliau berkata demikian selepas pra-tonton pementasan perdana teater Di Sebalik Topeng di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini malam tadi.

    Tambah Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, bagi menjayakan watak itu dia membuat rujukan dengan salah seorang ahli keluarga yang juga merupakan pakar psikiatri, selain merujuk kepada doktor di luar negara khususnya tentang ciri-ciri penyakit mental.

    Rakan penghidap masalah mental jadi inspirasi

    Selain itu Ogy turut mengakui pengalaman berdepan rakan yang menghidap penyakit itu juga menguatkan lagi penghayatannya bagi menjayakan watak tersebut.

    Read More: Uniqlo reveals KAWS + Warhol UT Collection and Art Book

    “Saya mempunyai seorang sahabat yang melalui isu kesihatan mental ini, apatah lagi pada 1990an ketika itu tidak banyak maklumat mengenainya. Itu pengalaman saya sendiri berdepan dengan orang yang mengalami masalah ini.

    “Namun, apabila saya mendapat skrip, saya akan masuk ke dalam watak itu. Ada beberapa  scene memang dialog dilontarkan secara spontan,” katanya.


    Tiada niat aibkan sesiapa

    Dalam pada itu, Ogy berkata dia tiada niat untuk mengaibkan sesiapa menerusi teater terbitannya itu, sebaliknya sekadar ingin mengusik isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial. 

    Sekiranya terdapat netizen yang mensensasikan dialog atau jalan cerita yang dilontarkan, saya tidak ambil peduli kerana karya yang dihasilkan mencerminkan realiti yang berlaku dalam masyarakat kini. – Ogy

    “Netizen kadang-kadang kita buat sesuatu perkara pun mereka akan kecam. Seperti dialog saya dalam teater ini, mereka suka ‘mengorek’ cerita. 

    “Apa saja cerita saya yang tidak ‘FYP’ (trending), sampai saya kadang-kadang pun terfikir, cerita apa ni?

    “Apa yang dipersembahkan itu adalah cerita benar dan realiti sekarang. Saya tidak rasa sudah buat sesuatu yang salah sebab kami tidak mengaibkan sesiapa. Saya pun tahu Akta Media Sosial,” katanya.

    Menurut Ogy, dia berharap mesej yang disampaikan melalui teater itu dapat membuka mata segelintir pihak mengenai kesan negatif komen atau kritikan yang dilemparkan di media sosial. 

    “Saya cuma harap melalui teater ini dapat menyedarkan mereka mengenai kesan komen yang ditinggalkan di media sosial. Ia boleh menyebabkan semangat atau jiwa seseorang itu hilang.

    “Teater ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.

    “Setiap watak yang dipersembahkan dalam teater ini melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami.”

    Ogy

    Teater Di Sebalik Topeng yang akan dipentaskan bermula hari ini dan esok di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, Menara DBP bakal menyaksikan Ogy memegang watak sebagai isteri kepada seorang tokoh politik yang pernah berkuasa sehingga menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan mental. 

    Teater eksperimental tentang isu kesihatan mental

    Melalui sesi terapi kumpulan, wanita berkenaan tidak bersendirian, sebaliknya ditemani beberapa individu lain yang juga cuba melepaskan diri daripada trauma dan bebanan hidup.

    Di Sebalik Topeng menggunakan latar belakang sesi terapi sebagai medan menyingkap kisah setiap watak yang penuh adegan rahsia.

    Dalam masa sama, teater itu turut menekankan kepentingan mencari bantuan dan memahami kesakitan emosi adalah sebahagian kehidupan yang perlu diatasi, bukan disembunyikan.

    Teater Di Sebalik Topeng turut dibarisi pelakon baru, namun masing-masing berjaya menjiwai watak,

     “Masyarakat kita masih lagi canggung dan kurang faham kepentingan merawat masalah itu sendiri, dalam dialog monolog pembuka ada menyebut “aku sihat, aku tak sakit” dan itu sendiri menunjukkan dia sendiri tidak sedar dirinya perlu dirawat.

    “Saya berharap teater ini juga dapat membantu masyarakat kita ini memahami kepentingan sistem sokongan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan mental dan emosi” katanya.

    Gambaran situasi sebenar kehidupan

    Sementara itu, pengarahnya Zainorhisyam Samudin berkata, dia berharap pementasan ini dapat membuka mata masyarakat terhadap kepentingan sokongan emosi.

    Pengarah teater Di Sebalik Topeng, Zainorhisyam Samudin

    “Teater ini adalah sebuah eksperimental kepada situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan kita.

    “Dalam teater ini kita persembahkan pelbagai latar kehidupan yang membawa kepada gangguan mental itu sendiri yang mana ada sosok narsisitik, penagih dadah, scammer, wanita yang melalui dugaan dihina dan dikecam, pemerdagangan manusia dan mangsa penderaan.”

    Zainorhisyam

    “Semua ini berlaku di sekeliling kita dan kita tekankan pada pengakhirannya kepentingan sistem sokongan dari semua pihak” katanya.

    Selain Ogy, teater terbabit turut dilakonkan oleh Rayden Ahmad, Luqman Muqri, Leesha MK, Nor Azila, Gibran Agi dan Ard Omar.

    Tiket untuk menyaksikan teater Di Sebalik Topeng kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan boleh didapati melalui  www.iLassoTickets.com.


    artis Featured Featured Slider hiburan leisure lifestyle teater
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAkim & The Majistret, Kugiran Masdo antara bakal hangatkan konsert Destiny of Music edisi kedua 
    Next Article TBA bakal beraksi buat kali pertama di Malaysia November ini
    Team KLHype

    Related Posts

    Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Didik Masyarakat Isu Keselamatan Internet

    June 26, 2026

    Malaysia, Taiwan Teroka Inovasi Baharu Industri Kesihatan Global

    June 24, 2026

    TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

    June 24, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Didik Masyarakat Isu Keselamatan Internet

    By Team KLHypeJune 26, 2026

    KUALA LUMPUR. 26 Jun 2026 – Pendekatan kreatif berasaskan hiburan kini dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuh…

    Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

    Malaysia, Taiwan Teroka Inovasi Baharu Industri Kesihatan Global

    TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Didik Masyarakat Isu Keselamatan Internet

    June 26, 20261K

    Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

    June 25, 20261K

    Malaysia, Taiwan Teroka Inovasi Baharu Industri Kesihatan Global

    June 24, 20264K

    TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

    June 24, 20261K

    Eskayvie Capai Misi TTMM2, Gandakan Anugerah Inspirasi Kasih Kepada RM10,000, Perkukuh Kempen BoosterMinda

    June 23, 20261K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Didik Masyarakat Isu Keselamatan Internet

    June 26, 2026

    Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

    June 25, 2026

    Malaysia, Taiwan Teroka Inovasi Baharu Industri Kesihatan Global

    June 24, 2026

    TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

    June 24, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.