Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    DPDDM, DPPKL jalin kerjasama strategik dengan UTM Space Services perkasa modal insan

    June 5, 2026

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    June 4, 2026

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    June 4, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • DPDDM, DPPKL jalin kerjasama strategik dengan UTM Space Services perkasa modal insan
    • Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 
    • Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan
    • Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik
    • Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan
    • Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’
    • Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026
    • Imbau Nostalgia 80-an Di Karnival VIKids Alamanda Dan Mesra Mall Sepanjang Cuti Sekolah
    Sunday, June 7
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

      May 26, 2026

      iBidan Bina Platform Pemulihan Selepas Bersalin Yang Lebih Moden dan Sistematik

      May 24, 2026

      KLIBW Anjur The Beauty & Fragrance House 2026, himpun produk kecantikan & wangian tempatan

      May 9, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Libang Libu: Gabungan ‘All-Star’ Paling Dinantikan Kini Di Pawagam! 
    Lifestyle

    Libang Libu: Gabungan ‘All-Star’ Paling Dinantikan Kini Di Pawagam! 

    Team KLHypeBy Team KLHypeApril 23, 2026No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Bayangkan Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Nabila Huda dan Zahiril Adzim berada dalam satu skrin. Belum kira lagi ‘kemunculan’ Datuk Yusof Haslam dan Bront Palarae. Kalau barisan pelakonnya sudah begini hebat, masakan naskhahnya biasa-biasa, bukan?

    Mulai hari ini, 23 April, seluruh pawagam di Malaysia bakal digegarkan dengan tayangan filem komedi-drama terbaharu, Libang Libu. Terbitan Tangerine Films dan diarahkan oleh Bobby Husaini, filem ini hadir sebagai sebuah naskhah ‘feel good’ yang amat dirindui penonton tempatan yang mahukan hiburan santai tanpa perlu mengerut dahi berfikir panjang.

    Pertembungan budaya dalam komedi satira

    Libang Libu membawa kita ke sebuah kampung Melayu di Perak yang tiba-tiba menjadi kecoh apabila sebuah produksi filem bukan Melayu memilih kawasan tersebut sebagai lokasi penggambaran.

    Dari situ, bermulalah episod pertembungan budaya, agama, dan gaya hidup yang diolah dengan cukup bersahaja namun sarat dengan sindiran halus terhadap realiti sosial kita.

    Naratifnya tidak sekadar berkisar tentang penggambaran filem. Di sebalik kemeriahan kru produksi, terselit kisah duka dua beradik, Alid dan Man Pilem.

    Konflik tanah pusaka yang tergadai akibat hutang judi serta luka lama yang belum sembuh memaksa mereka memilih antara ego atau maruah keluarga.

    Bukan sekadar lawak kosong

    Menurut pengarahnya, Bobby Husaini, Libang Libu dibina secara ‘ringan tetapi berlapis’. Beliau mahu membawa kembali magis menonton di panggung di mana penonton boleh ketawa beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan, kemudian pulang ke rumah dengan perasaan gembira.

    “Apa yang membezakan Libang Libu dengan karya lain adalah keupayaannya menghidupkan semula pengalaman menonton yang santai tetapi bermakna, iaitu gelak tawa bersama di dalam panggung, dalam ‘mood’ yang rileks dikelilingi famili dan teman rapat. Ia bukan tentang mesej yang berat, tetapi tentang momen yang dikongsi. 

    “Dengan pendekatan yang santai dan penuh drama, Libang Libu membawa kembali jenis hiburan yang sudah lama dirindui oleh penonton Malaysia, hiburan yang mengajak mereka datang untuk ketawa. Selesai menonton, penonton boleh pulang dengan rasa ‘feel good’,” katanya.

    Cabaran terbesar dalam menghasilkan karya ini adalah menjaga sensitiviti budaya. Bobby mengakui beliau dan pasukan produksi sangat teliti dalam memastikan setiap adegan kekal autentik dan jujur tanpa menyinggung mana-mana pihak, memandangkan ia menyentuh tentang perbezaan cara hidup masyarakat majmuk.

    Wajib tonton hari ini

    Dengan durasi 1 jam 47 minit, Libang Libu menjanjikan sebuah perjalanan emosi yang lengkap, ada tawa, ada air mata, dan pastinya ada pengajaran tentang erti perpaduan serta kasih sayang kekeluargaan.

    Jika anda mencari alasan untuk ke pawagam hujung minggu ini, inilah jawapannya. Jangan lepaskan peluang menyaksikan gabungan pelakon bertaraf pemenang anugerah dalam sebuah kisah yang sangat dekat dengan hati rakyat Malaysia.

    Saksikan Libang Libu di pawagam berhampiran anda bermula hari ini. Jom sokong filem tempatan yang berkualiti!

    SINOPSIS

    Apabila sebuah produksi filem memilih sebuah kampung sebagai lokasi penggambaran, seluruh penduduk jadi kecoh, dariimam, ketua penanggah, bakal pengantin, hinggalah pelakon popular yang rupanya menyimpan konflik identiti sendiri.

    Di sebalik kemeriahan itu, dua beradik, Alid seorang “abanglong” kampung dan Man Pilem yang diburu hutang akibat ketagihan judi berdepan krisis besar apabila tanah pusaka arwah opah tergadai. Luka lama, rasa dikhianati dan ego memisahkan mereka, namun ancaman luar memaksa mereka bersatu demi maruah keluarga.

    Dengan kepelbagaian karakter yang penuh warna – pengarah filem yang tegas, hero filem yang mahu jadi diri sendiri, orang kampung yang kuat adat dan cepat menghukum, kampung kecil itu menjadi pentas sebenar tentang penerimaan, kasih sayangdan erti keluarga.

    LIBANG LIBU ialah drama komedi komersial yang menggabungkan konflik adik-beradik, pertembungan budayadan humor satira dalam sebuah kisah yang lucu, emosional dan sangat dekat dengan realiti masyarakat kita.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleNR Mothercare Martabat Kerjaya Penjaga Pantang, Lebar Sayap ke Peringkat Global
    Next Article Wedding Showcase 2026 Marriott Bonvoy Kembali 25-26 April 2026
    Team KLHype

    Related Posts

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    June 4, 2026

    Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

    June 1, 2026

    Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

    May 26, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    DPDDM, DPPKL jalin kerjasama strategik dengan UTM Space Services perkasa modal insan

    By Team KLHypeJune 5, 2026

    KUALA LUMPUR, 5 Jun 2026 – Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) bersama gabungan delegasi Dewan…

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    DPDDM, DPPKL jalin kerjasama strategik dengan UTM Space Services perkasa modal insan

    June 5, 20263K

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    June 4, 20263K

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    June 4, 20262K

    Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik

    June 2, 20262K

    Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

    June 1, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    DPDDM, DPPKL jalin kerjasama strategik dengan UTM Space Services perkasa modal insan

    June 5, 2026

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    June 4, 2026

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    June 4, 2026

    Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik

    June 2, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.