Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula
    • Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal
    • DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR
    • Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Wednesday, April 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

      April 14, 2026

      Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

      April 13, 2026

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Pembedahan bariatrik bukan sekadar untuk kurus – Dr Mustafa
    Beauty

    Pembedahan bariatrik bukan sekadar untuk kurus – Dr Mustafa

    Team KLHypeBy Team KLHypeSeptember 6, 20231 Comment4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    MASIH ramai tidak mengetahui secara terperinci mengenai pembedahan bariatrik, lantas memandang negatif dan skeptikal berkaitannya.

    Ia bukan sebagai pembedahan kosmetik atau hanya mengurangkan berat badan, malah bertujuan meningkatkan kualiti hidup dan pemulihan kesihatan akibat obesiti punca pelbagai penyakit kronik.

    Manfaat pembedahan bariatrik bukan sekadar menurunkan berat badan bahkan kajian dunia sebenar menunjukkan pengurangan kos penjagaan kesihatan, rawatan hospital dan kurang kebergantungan kepada ubat untuk diabetes, dislipidemia serta hipertensi.

    Pembedahan bariatrik sudah terbukti dapat membantu pesakit mengurangkan dan mengekalkan berat badan. Prosedur ini dijalankan sama ada dengan mengurangkan saiz perut menggunakan pengikat perut atau mengeluarkan sebahagian daripada perut.

    Di seluruh dunia, lebih 184 juta orang layak dari segi perubatan untuk menjalani pembedahan bariatrik, namun kurang daripada satu peratus menjalani prosedur ini walaupun ia paling berkesan dan berpanjangan untuk menangani obesiti.

    Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik Pusat Perubatan CENGILD, Dr Mustafa Mohammed Taher berkata, pembedahan bariatrik bukan jalan penyelesaian mudah seperti yang mungkin disangka ramai orang.

    Katanya, wujud faktor saling mempengaruhi seperti faktor genetik dan hormon yang menjadikan lebih mencabar bagi pesakit menurunkan berat badan mereka dan seterusnya indeks jisim badan (BMI).

    “Seseorang itu layak untuk menjalani pembedahan bariatrik jika mereka mempunyai BMI 40 atau lebih. Individu yang mengalami sekurang-kurangnya satu atau lebih komorbiditi berkaitan obesiti dengan BMI 35 atau lebih tinggi juga boleh menjalani prosedur ini.

    “Pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik didapati hidup lebih lama daripada orang dewasa yang mengalami obesiti teruk, kurang mendapat serangan jantung dan strok, risiko lebih rendah mendapat kanser tertentu dan kurang menghidap diabetes jenis 2, hipertensi, apnea tidur dan penyakit jantung,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis sidang akhbar bersama barisan selebriti seperti Ziana Zain, Datuk Ziela Jalil, Datuk Khatijah Ibrahim dan Zarina Zainudin di Restoran Hadramawt Kitchen Jalan Ampan Kuala Lumpur, semalam.

    Katanya, pembedahan ialah permulaan proses menurunkan berat badan, namun pesakit terpaksa memberikan komitmen untuk mengubah sama sekali gaya hidup mereka.

    “Biasanya, pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik boleh menurunkan kira-kira satu pertiga daripada berat badan mereka pada tahun pertama selepas pembedahan dan mengekalkan berat badan itu dalam jangka panjang.

    “Kadar kejayaan selepas pembedahan banyak bergantung pada kesungguhan pesakit untuk mengekalkan gaya hidup sihat,” katanya.

    Dalam pada itu Dr Mustafa berkata, obesiti bukan saja mendedahkan seseorang kepada risiko penyakit, tetapi menurunkan tahap kesuburan dalam kalangan wanita, oleh itu pembedahan itu juga sebagai antara langkah pesakit yang cuba hamil.

    Menurutnya, ramai dalam kalangan pesakit wanita yang dirawat dengan pembedahan itu dapat hamil selepas pembedahan kerana tahap kesuburan kembali normal.

    Penghibur terkenal, Ziana Zain antara yang menjalani pembedahan bariatrik turut berkongsi pengalamannya yang mempunyai masalah kesihatan menyebabkan beliau tekad menjalani pembedahan itu.

    “Saya mempunyai masalah gastrik yang sangat teruk sehingga satu tahap susah bernafas dan seakan mahu mati.

    “Pada mulanya saya menyangka ada masalah jantung hingga membuat pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) tapi doktor mengesahkan jantung sihat.

    “Akhirnya saya menemui Dr Mustafa dan selepas berbincang dan membuat pemeriksaan lanjut, saya membuat keputusan buat pembedahan bariatrik demi kesihatan saya,” katanya.

    Datuk Khatijah Ibrahim turut berkongsi pengalaman melakukan pembedahan bariatrik selepas mengalami masalah berat badan dan kesihatan.

    “Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Dr Mustafa yang seakan ‘memberi kehidupan baru’ buat diri saya.

    “Sebelum ini saya mengalami masalah kesihatan dan kenaikan berat badan yang mendadak akibat tidak menjaga makan.

    “Apatah lagi saya suka masak dan makan sehingga tidak sedar berat badan mencecah 90 kilogram. Peka dengan keadaan itu saya segera mencari alternatif untuk kembali sihat dan aktif seperti dahulu dan alhamdulillah dipertemukan dengan Dr Mustafa yang mencadangkan buat pembedahan bariatrik demi kesihatan lebih baik di masa akan datang,” katanya.

    Siapa yang harus menjalani pembedahan bariatrik

    -Mempunyai BMI 40 atau lebih.

    -Mempunyai BMI antara 35 hingga 39.9 bersama risiko kesihatan seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan apnea tidur.

    -Kadangkala mungkin juga dijalankan bagi BMI 30 jika berisiko tinggi.

    -Pembedahan bukan bertujuan kecantikan atau kosmetik seperti pembedahan sedut lemak sebaliknya untuk mengurangkan risiko kesihatan.

    -Ia hanya boleh dilakukan selepas usaha melalui perubahan gaya hidup gagal.

    Dr Mustafa Mohammed telah diiktiraf sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pacific pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global baru-baru ini di Kuala Lumpur.

    Beliau telah melakukan lebih daripada 2000 pembedahan Bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu.

    Orang ramai boleh mengikuti Dr Mustafa melalui Instgram beliau @dr.mustafamt atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Rafeah di talian +60162330678

    Bariatrik dr mustafa mohamed kurus obesiti sihat ziana zain
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLebih 500 gimnas serlah bakat di Vivace Dream Cup 2023
    Next Article Memasak lebih pantas dan mudah dengan kit masakan Freshable
    Team KLHype

    Related Posts

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    “Sekali Hidu, Pulang Rindu”: Bath & Body Works Pertaruh 6 Wangian Eksklusif Everyday Luxuries Semarakkan Nostalgia Syawal

    March 13, 2026

    Rahsia Kulit ‘Glowing’ Pagi Raya: Hada Labo Lancar Hydrating Cleansing Oil Dipertingkat, Kini Dengan 10 Minyak Kecantikan

    March 13, 2026

    1 Comment

    1. Pingback: Kempen Lose to Win, Su.Re Sihat KL kutip dana bantu B40 dan asnaf derita obesiti jalani bariatrik

    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    By Team KLHypeApril 14, 2026

    PETALING JAYA, 14 April 2026 – Program kesetiaan MYguardian Rewards, yang dilancarkan sejak 2025, kini…

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 20265K

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 20263K

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 20262K

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 20265K

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.