Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines
    • Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan
    • Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus
    • Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’
    • Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM
    • Dianiaya Rakan Kongsi, Rayme Zainal Tidak Serik Jadi Penganjur Acara 
    • Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 
    • Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026
    Monday, September 14
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

      September 8, 2026

      ED Fest Kembali Lagi di Summit USJ: Lebih 100 Jenama Dan 500 Barangan Tawaran Hebat Menanti Anda!

      September 5, 2026

      cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 Menyatukan Malaysia Melalui Makanan, Budaya dan Komuniti

      August 29, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » All Star Championship: Dubai Edition lonjak standard global, pentas baharu sukan digital
    Celebrities

    All Star Championship: Dubai Edition lonjak standard global, pentas baharu sukan digital

    Team KLHypeBy Team KLHypeMay 6, 2026Updated:May 7, 2026No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    DUBAI, 6 Mei 2026 – All Star Championship: Dubai Edition membuka lembaran baharu dalam landskap sukan digital apabila berjaya menghimpunkan peninju dalam kalangan pempengaruh dan selebriti antarabangsa di gelanggang berprestij, Round 10 Boxing Club, Dubai.

    Kejohonan yang berlangsung pada 3 Mei lalu berjaya meletakkan All Star Championship sebagai acara bertaraf antarabangsa yang menggabungkan sukan, hiburan dan ekosistem digital.

    Ketua Pegawai Eksekutif All Star Influencer Award (ASIA), Dato Abd Rahman Soltan berkata, kejohanan tersebut melalui tempoh persiapan rapi selama beberapa bulan bagi memastikan setiap aspek termasuk logistik, keselamatan serta pengalaman penonton berada pada tahap optimum.

    Ketua Pegawai Eksekutif All Star Influencer Award (ASIA), Dato Abd Rahman Soltan.

    “Alhamdulillah, secara keseluruhan penganjuran berjalan dengan sangat lancar dan memenuhi jangkaan kami. Setiap perincian telah diteliti sejak awal bagi memastikan kualiti penganjuran berada pada tahap terbaik,” katanya.

    Dominasi Malaysia di Persada Dubai

    Kejohanan itu mencipta sejarah tersendiri apabila menghimpunkan 16 peninju dalam kalangan pempengaruh dan selebriti dari tujuh negara termasuk Malaysia, Indonesia, Jepun, Vietnam, Singapura, Maghribi dan Rusia dalam satu platform kompetitif unik.

    Antara perlawanan yang mencuri tumpuan menyaksikan kemenangan berpihak kepada:

    • Trisha Ooi (Malaysia) menewaskan Dinda Anwar (Indonesia)
    • Amir Harris (Malaysia) menewaskan Ridhwan (Singapura)
    • Bombitta (Rusia) menewaskan Dinda Annisa (Indonesia)
    • Bombitta (Rusia) menewaskan Kahoko (Jepun)
    • Nendi (Indonesia) menewaskan Mat Alip (Malaysia)
    • Hicham (Maghribi) menewaskan Oussama (Maghribi)
    • Yuka (Indonesia) menewaskan Abdi (Indonesia)
    • Filip (Vietnam) menewaskan Dimas (Indonesia)

    Kemenangan wakil Malaysia, Trisha Ooi dan Amir Harris yang berjaya menewaskan Dinda Anwar serta Ridhwan turut menjadi antara sorotan utama kejohanan tersebut, sekali gus menaikkan semangat kontinjen negara dalam pentas antarabangsa.

    Menerusi kemenangan itu, juara menerima Tali Pinggang All Star Championship dan wang tunai.

    Disiplin melampaui status selebriti

    Dalam pada itu, mengulas prestasi peninju, Abd Rahman menyatakan kepuasan terhadap komitmen tinggi yang ditunjukkan walaupun kebanyakan mereka bukan atlet profesional.

    “Saya amat berpuas hati dengan prestasi mereka. Walaupun bukan atlet profesional, para peninju menunjukkan disiplin tinggi serta kesungguhan sepanjang latihan dan persiapan.

    “Mereka membuktikan bahawa dengan dedikasi yang betul, pempengaruh dan selebriti juga mampu memberikan persembahan yang berkualiti dan kompetitif di dalam gelanggang,” katanya.

    Misi pencarian bakat: All Star Championship Edisi Malaysia

    Dalam perkembangan sama, edisi Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada November depan kini berada di peringkat awal pemilihan peninju.

    “Proses pemilihan sudah bermula dan kami sedang menilai beberapa pempengaruh serta selebriti yang berpotensi. Antara kriteria utama ialah keberanian, komitmen, disiplin serta kesediaan menjalani latihan intensif.

    “Kami mahu memastikan peninju yang dipilih benar-benar bersedia dari segi fizikal dan mental,” ujarnya.

    Mengglobalisasikan sukan hiburan (sportainment)

    Melihat kepada sambutan positif di Dubai, pihak penganjur turut merancang untuk memperluaskan kejohanan tersebut ke peringkat global.

    “Sememangnya ada perancangan untuk menjadikannya sebagai acara tahunan. Pada masa sama, kami juga meneliti peluang untuk membawa All Star Championship ke negara lain.

    Dato Abd Rahman Soltan

    “Kami percaya konsep gabungan hiburan, sukan dan digital ini mempunyai potensi besar di peringkat antarabangsa,” katanya.

    Dalam pada itu, objektif utama untuk menggabungkan sukan dengan platform digital dan media sosial dilihat berjaya dicapai apabila kandungan kejohanan mendapat perhatian meluas di platform seperti Instagram dan TikTok.

    Pendekatan tersebut bukan sahaja menarik minat generasi muda, malah memperluaskan capaian penonton ke peringkat global, sekali gus membuka peluang baharu dari segi penajaan, kolaborasi dan pembangunan jenama.

    Tambah beliau, kejayaan itu membuktikan integrasi antara sukan dan digital kini menjadi pemacu utama dalam evolusi industri hiburan sukan moden.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records
    Next Article The Feruni Atelier – Di Mana Reka Bentuk Menjadi Suatu Pengalaman
    Team KLHype

    Related Posts

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    By Team KLHypeSeptember 12, 2026

    Bagi mengukuhkan lagi kehadiran Taiwan dalam pasaran pelancongan keluar (outbound) di Malaysia, Pentadbiran Pelancongan, Kementerian…

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 20266K

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 20265K

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 20265K

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    September 10, 20265K

    Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM

    September 10, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 2026

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    September 10, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.