Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 2026

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 2026

    STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur

    October 8, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030
    • KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC
    • STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur
    • MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung
    • Kenaikan Cukai Tanah 13 Kali Ganda: Berjaya Hills Resort Bantah Tindakan Penguatkuasaan Kerajaan Pahang
    • Peraduan Yeo’s To Japan: Menangi Tiket Penerbangan ke Jepun Sempena Pelancaran Teriyaki Tuna Pertama di Malaysia
    • SURE-i Rai Ulang Tahun Ke-12 Dengan Pengiktirafan Asia Record, Pelopor Ekosistem Kesihatan Pencegahan Bersepadu
    • Farmasi Lautan Catat Sejarah 41 Tahun Perkhidmatan, Terima Pengiktirafan Berprestij Asia Record
    Sunday, October 11
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

      October 8, 2026

      Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

      September 29, 2026

      Pensyarah Bawa Pulang Perodua Traz Selepas Berbelanja RM250 di SOGO

      September 27, 2026

      The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

      September 25, 2026

      SOFY Lancar SOFY Ultra Silk: Tuala Wanita Ultra Nipis 0.06cm Daripada Sutera Tulen Terunggul

      September 25, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Ketahui punca sakit lutut di kalangan orang muda, jangan abaikan!
    Featured

    Ketahui punca sakit lutut di kalangan orang muda, jangan abaikan!

    Penulis adalah Pakar Perunding Bedah Ortopedik Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Syed Addi Usmi Syed Othman
    kolumnisBy kolumnisApril 30, 2025Updated:May 12, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Sakit lutut merupakan salah satu aduan sendi yang paling kerap berlaku. Kita menjalani rutin harian seperti bangun dari katil, menunggu pengangkutan awam, dan memasak tanpa menyedari bahawa lutut kita sentiasa menerima tekanan.

    Setiap hari, lutut kita menyerap hentakan daripada pergerakan anggota bawah – sendi ini mudah mengalami kehausan dari semasa ke semasa, serta terdedah kepada kecederaan semasa bersukan atau bersenam.

    Osteoartritis ialah penyakit kronik yang sering dikaitkan dengan warga emas kerana ia berpunca daripada kehausan rawan sendi.

    Pakar Perunding Bedah Ortopedik, Dr Syed Addi Usmi Syed Othman

    Namun, adakah ini juga sesuatu yang perlu dibimbangkan oleh golongan muda? Bagaimana kita boleh menjaga kesihatan lutut dengan lebih baik dan apakah yang perlu dilakukan apabila rasa sakit, bunyi berkeriuk, atau tidak selesa mula muncul?

    Apakah punca sakit lutut saya?

    Sakit lutut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti umur, tahap aktiviti dan sejarah kecederaan. Antara punca biasa termasuk kecederaan, penggunaan berlebihan, artritis, masalah biomekanik dan perubahan berkaitan usia.

    Apakah jenis-jenis diagnosis sakit lutut?

    Diagnosis sakit lutut boleh diklasifikasikan mengikut struktur anatomi dan punca asas. Antara diagnosis biasa termasuk:

    • Kecederaan ligamen
    • Koyakan meniskus
    • Masalah patela
    • Artritis
    • Bursitis
    • Tendonitis
    • Jangkitan sendi
    • Patah tulang
    • Kerosakan rawan
    • Osteonekrosis
    • Genu varum/valgus (kaki bengkok ke dalam/ke luar)

    Bagaimana sakit lutut didiagnosis?

    Diagnosis bermula dengan pengambilan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Pemeriksaan imej seperti sinar-X, ultrasound, dan MRI membantu mengesahkan diagnosis.

    Ujian makmal mungkin dilakukan untuk menentukan rawatan. Sekiranya ujian tidak invasif tidak memberikan keputusan jelas, prosedur artroskopi (menggunakan kamera kecil melalui insisi kecil) mungkin dilakukan untuk melihat keadaan dalam sendi lutut secara langsung, dan juga merawat masalah semasa prosedur.

    Apakah rawatan bukan pembedahan yang disyorkan?

    Rawatan bukan pembedahan bergantung pada punca sakit lutut. Antara rawatan termasuk:

    • Fisioterapi
    • Ubat-ubatan
    • Suntikan intra-artikular (kortikosteroid atau asid hyaluronik)
    • Pemakaian pendakap lutut
    • Terapi ais
    • Pengurangan berat badan
    • Pengubahsuaian gaya hidup

    Bilakah pembedahan diperlukan?

    Pembedahan biasanya dipertimbangkan jika rawatan bukan pembedahan tidak berkesan dan sakit lutut menjejaskan kualiti hidup, mobiliti, atau aktiviti harian. Antara situasi yang memerlukan pembedahan:

    • Osteoartritis Teruk – penggantian lutut apabila rawan haus sepenuhnya.
    • Kecederaan ACL/PCL – jika ligamen koyak dan lutut tidak stabil.
    • Koyakan Meniskus – jika meniskus koyak dan menyebabkan kunci lutut, kesakitan berterusan.
    • Kecacatan penjajaran – seperti kaki bengkok ke dalam atau luar (varus/valgus) yang memerlukan osteotomi.
    • Keradangan kronik – seperti patellar tendonitis atau bursitis yang tidak sembuh dengan rawatan konservatif.
    • Jangkitan serius – seperti arthritis septik yang memerlukan pembedahan segera.
    • Artritis reumatoid – yang merosakkan sendi secara kekal.
    • Kerosakan rawan besar – mungkin perlu rawatan seperti microfracture, graft rawan atau penggantian sendi.

    Berapa lama masa pemulihan?

    Tempoh pemulihan bergantung pada tahap keseriusan dan jenis rawatan. Secara umum:

    • Minggu 1: Kawal bengkak dan sakit, mula senaman ringan.
    • 2–4 Minggu: Tingkatkan mobiliti; mungkin mula berjalan dengan bantuan.
    • 1–3 Bulan: Fisioterapi intensif, boleh memandu atau berbasikal ringan.
    • 3–6 Bulan: Kembali ke aktiviti sederhana, kekuatan hampir pulih sepenuhnya.
    • 6–12 Bulan: Pulih sepenuhnya dan kembali ke aktiviti lebih berat.

    Perlukah saya ubah gaya hidup?

    Ya. Perubahan gaya hidup membantu mengekalkan kesihatan lutut dan mencegah kerosakan:

    • Kekalkan berat badan sihat
    • Bersenam secara berkala (elakkan impak tinggi)
    • Elakkan mencangkung atau melutut terlalu lama
    • Guna pendakap lutut jika perlu

    Apakah jenis ubat-ubatan untuk sakit lutut?

    Ubat-ubatan boleh membantu mengurangkan kesakitan, keradangan, dan bengkak. Antaranya:

    • NSAID (ubat anti-radang)
    • COX-2 inhibitors
    • Ubat sapuan
    • Suntikan steroid intra-artikular – untuk kesakitan akut (jangan guna kerap)
    • Suntikan asid hyaluronik – untuk pelinciran sendi
    • Suplemen seperti glukosamin – mungkin membantu kurangkan sakit dan lambatkan kerosakan

    Apakah terapi alternatif yang membantu?

    Beberapa terapi alternatif yang mungkin membantu termasuk:

    • Akupunktur
    • Urutan terapi
    • Herba seperti kunyit dan halia – sifat anti-radang
    • Terapi haba/sejuk
    • Terapi PRP atau stem cell – menyuntik sel daripada darah sendiri untuk merangsang penyembuhan (masih dianggap eksperimen untuk sesetengah keadaan)
    • Radiofrequency Ablation (RFA) ialah kaedah baru yang menggunakan gelombang radio untuk “mengganggu” saraf penyampai rasa sakit. RFA memberikan kelegaan kesakitan berpanjangan dengan pemulihan cepat dan boleh mengelakkan pembedahan.

    Rawatan robotik untuk sakit lutut?

    Total Knee Arthroplasty (TKA) atau penggantian sendi lutut kini semakin biasa. Dengan kemajuan teknologi, pembedahan dibantu robotik kini tersedia.

    Robot membantu menentukan penjajaran tulang dengan lebih tepat, berdasarkan imbasan awal dan struktur unik pesakit. Antara kelebihannya:

    • Ketepatan tinggi dalam meletakkan implan
    • Rancangan pembedahan yang diperibadikan
    • Kurang trauma (insisi kecil)
    • Kurang pendarahan, sakit, dan masa pemulihan lebih cepat
    • Penjajaran dan kestabilan lebih baik
    • Hasil jangka panjang yang lebih baik
    • Maklum balas masa nyata kepada pakar bedah
    • Kepuasan pesakit yang lebih tinggi
    Featured Featured Slider health leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBlueprint e-Niaga Saudagar kukuhkan rangkaian ekonomi digital ASEAN
    Next Article Saloma KL Hargai Legasi Saloma: Cucu Biduanita Negara Terima Penghormatan Sempena Syawal 2025
    kolumnis

    Related Posts

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 2026

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 2026

    STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur

    October 8, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    By Team KLHypeOctober 9, 2026

    SERDANG, 9 Oktober 2026 – Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) meneruskan komitmen proaktif dalam memperkasa…

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur

    MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 20263K

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 20263K

    STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur

    October 8, 20266K

    MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

    October 8, 20265K

    Kenaikan Cukai Tanah 13 Kali Ganda: Berjaya Hills Resort Bantah Tindakan Penguatkuasaan Kerajaan Pahang

    October 7, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 2026

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 2026

    STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur

    October 8, 2026

    MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

    October 8, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.