Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif
    • Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama
    • Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia
    • Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun
    • Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast
    • Marriott International, IOI Properties Meterai Perjanjian Buka 4 Hotel Baharu di Malaysia
    • Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan
    • Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim
    Wednesday, November 4
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026

      Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

      November 2, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Dibelasah rakan sekolah, pelajar tingkatan tiga hilang separuh penglihatan, terpaksa lupakan cita-cita jadi anggota polis
    News

    Dibelasah rakan sekolah, pelajar tingkatan tiga hilang separuh penglihatan, terpaksa lupakan cita-cita jadi anggota polis

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaOctober 12, 2023Updated:October 12, 2023No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun kehilangan separuh penglihatannya gara-gara dibelasah sekumpulan 6 pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Puchong Utama baru-baru ini.

    Lebih menyedihkan apabila mangsa, S Thinesh mengalami keretakan tulang di bawah mata yang teruk dan mengikut laporan hospital sekiranya dibedah mangsa berisiko hilang penglihatan sepenuhnya.

    Bagaimanapun, kejadian malang yang berlaku pada 5 September lalu itu didakwa tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak sekolah dan pihak berkuasa apabila tiada sebarang tindakan diambil sehingga hari ini.

    Dr Kalai (dua dari kiri) bersama mangsa (kiri) dan ibu bapanya menunjukkan laporan perubatan mangsa.

    Insiden berkenaan turut mendapat perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Nambikkai Malaysia, yang mahu tindakan segera diambil bagi mengatasi insiden buli yang berlaku di sekolah.

    Presiden Kebangsaan Nambikkai, Datuk Dr Kalai Vanar turut mendakwa pihak sekolah mengambil sikap sambil lewa terhadap insiden buli terbabit walaupun laporan polis sudah dibuat.

    Mangsa kini terpaksa memakai cermin mata kerana kehilangan separuh penglihatan.
    Mangsa menunjukkan kecederaan dialami ketika kejadian.

    “Amat mengecewakan apabila menurut keluarga mangsa, selepas insiden tersebut mangsa dimasukkan ke hospital selama empat hari namun tiada seorang wakil pun dari sekolah yang datang melawat dan bertanya khabar.

    “Malah, pihak sekolah juga tidak berusaha menyelesaikan isu terbabit dengan mengadakan perjumpaan ibu bapa pelajar bersama keluarga mangsa walaupun mangsa mengalami kecederaan parah hingga tulang pipi di bahagian bawah mata retak selain kecederaan di dahi,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

    Tambahnya, beliau kesal kerana sekolah seharusnya menjadi tempat yang paling selamat untuk pelajar, namun apabila berlaku kejadian buli seperti ini, sekolah didakwa mendiamkan diri tanpa sebarang tindakan lanjut.

    Sidang media yang diadakan hari ini bagi menuntut keadilan buat mangsa.

    Beliau turut mendakwa bahawa pihak sekolah khususnya guru besar yang tidak prihatin terhadap mangsa serta tidak professional dalam menangani isu terbabit.

    Lebih mendukacitakan apabila disebabkan insiden tersebut, impian mangsa yang bercita-cita menjadi anggota polis musnah sekelip mata kerana kecacatan kekal yang ditanggungnya.

    “Kami merasakan adalah wajar pihak sekolah menghulurkan bantuan segera kepada mangsa dan mengesyorkan membawa mangsa ke hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan pakar.

    “Sebaliknya yang berlaku, pihak ibu bapa terpaksa membawa mangsa ke hospital swasta setelah klinik kesihatan mengesyaki bahawa tulang di bawah mata mangsa retak,” katanya.

    Justeru katanya, beliau meminta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengambil maklum terhadap insiden buli remaja ini serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak sekolah berkenaan yang didakwa mengabaikan aduan dan laporan mangsa buli di sekolah itu.

    “Saya berharap dan mengesyorkan agar tindakan disiplin etika terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab memegang jawatan dalam pengurusan sekolah,” katanya.

    Isu itu juga katanya seharusnya mendapat perhatian segera Kementerian Pendidikan yang sebelum ini menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang insiden buli di sekolah.

    buli kementerian pendidikan Nambikkai sekolah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePASRelief salur bantuan awal untuk mangsa perang Palestin
    Next Article Beauté Library anjur Pinktober Festival dan The Pinky Run 2023, bawa mesej kesedaran kanser payudara
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026

    Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

    October 30, 2026

    CSUN Rasmi Dilancarkan, Meterai 50 MOU Rentas Sektor & Raih Asia Record

    October 29, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    By Team KLHypeNovember 4, 2026

    Sempena sambutan Pesta Cahaya yang bakal tiba, Shangri-La Kuala Lumpur menjemput orang ramai meraikan kehangatan…

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 20265K

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 20263K

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 20263K

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    November 2, 20265K

    Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast

    November 1, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    November 2, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.