CHEMBONG: Minuman malt coklat berkhasiat terkemuka Malaysia, MILO melancarkan Trak Imersif 360 darjah MILO Goodness pertama dunia yang bertujuan untuk mendidik rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat mengenai kebaikan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di dalam setiap cawan.
Dengan campuran unik malt barli, susu, koko, serta kombinasi 6 vitamin dan 3 mineral, ia menjadi minuman malt coklat kegemaran rakyat Malaysia.
Trak MILO Goodness akan mendedahkan rahsia di sebalik minuman ikonik tersebut dan mempamerkan kebaikan nutrisinya.
Pengunjung berpeluang mempelajari tentang resipi asalnya dan melihat teknik penyediaan yang menyumbang kepada rasa malt coklat yang tersendiri.
Trak ini lain daripada yang lain kerana ia memberikan pengalaman 360 darjah sepenuhnya bermula dari penggunaan unjuran digital, cahaya atmosfera, dan efek bunyi-bunyian merenjat setiap deria yang ada lantas membawa pengunjung ke dalam dunia Milo.
Pengunjung dapat mengejutkan setiap deria dengan mengalami bauan aromatik, sentuhan, dan rupa minuman ini secara langsung.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, sebagai sebuah jenama yang amat dihargai oleh rakyat Malaysia sejak 70 tahun dahulu, beliau begitu teruja untuk membawa misi ini ke jalanan melalui jelajah Trak MILO Goodness yang akan menjawab soalan paling utama iaitu bagaimanakah ia dihasilkan?
“Melalui inisiatif ikonik ini, kami membawa khasiat, kegembiraan, dan tenaga kepada setiap komuniti dengan seteguk MILO pada satu masa,” katanya ketika majlis pelancaran Trak MILO Goodness, di sini, baru-baru ini.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web MILO Malaysia di www.milo.com.my.
Bacar juga: